FASAL PERTAMA -MENILEK ATAU MENENGOK.
Menilek atan Menengok mi pada hakikat-nya yang sa-benar memang amat bagus dan
berguna, jika di-jalankan dengan menepati tujuan-nya, ia-itu bila sahaja ibu bapa anak
laki2 telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masa-nya dan patut
di-kahwinkan; maka mereka pun mulai-lah menchari dan memerhatikan sa-orang ber-dua atau
beberapa orang daripada anak2 dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memileh saorang
di-antara anak2 dara itu dengan jalan di-pereksa dan di-selidek dengan sa-habis chermat
daripada sahabat handai mereka yang karib2 dan yang kenal baik, bukan sahaja akan
anak-dara itu tetapi ibu2 bapa dan adek-beradek anak2 dara itu sa~ingga di-dapati dengan
sa-puas hati mereka sa-orang daripada anak2 dara itu yang terbaik sa-kali. Pilehan ini
bukan sahaja terkhas bagi diri-nya, tetapi ibu bapa dan adek-beradek-nya pun di-kehendaki
supaya daripada orang yang elok perangai kelakuan-nya, kerana orang2 Melayu dahulu ada-lah
berpegang kuat kapada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak 'pinang' ibu
bapa-nya dahulu", dan lebeh2 lagi menggemarkan hati mereka jika si-anak dara itu
sudah khatam Qur'an dan bagus pula bachaan dan lagu-nya membacha Ayat2 Suchi itu dan
mengerti pula sadikit sa-banyak hukum2 di-dalam ugama Islam. Begitu juga mereka dapati
rupa paras-nya pun elok dan menjahit menekat dan memasak makan pun chekap, maka semua-nya
sifat2 yang tersebut itu ada-lah amat menarek kegemaran hati orang tua2 dahulu, dan bagi
mereka tidak pula termustahak ada-nya di-dalam sifat2 keadaan bakal si-menantu itu sharat2
persekolahan, walau pun di-dalam bahasa Melayu.
Di-dalam 'adat menilek atau menengok itu biasanya termasok juga pergi melihat tuboh-badan si-anak dara itu sendiri menerusi sahabat2 yang karib kapada ibu bapa anak dara yang hendak di-pinang itu, dan ghalib-nya yang pergi menengok atan melihat itu hanyalah pehak perempuan sahaja. Ada satengah kedatangan hendak melihat itu di-beri tahu terlebeh dahulu kapada pehak si-anak dara itu; tetapi ada juga yang datang menengok itu dengan tiba2 sahaja, tidak dengan memberi tahu lebeh dahulu. Pada faham orang tua2 dahulu bila di-lakukan kedatangan menengok atau melihat itu dengan tiba2 sahaja dan waktu mereka itu tiba di-dapati si-anak dara itu tengah mandi atau membasoh, maka ada-lah yang demikian itu membawa sempena yang baik, ia-itu menunjokkan jodoh pertemuan itu sejok, konon; erti-nya jika jadi di-ikat jodoh pertemuan itu, kehidupan mereka akan jadi senang lenang dan sa-muafakat keadaan rumah-tangga mereka. Akan tetapi kira-nya masa mereka datang itu anak dara itu sedang memasak maka kuranglah baik padah-nya kerana dengan yang demikian, konon, ada-lah 'alamat panas, ya'ani tidak bagitu baik. Bagitu juga di-perehayai oleh orang tua2 Melayu dahulu bahawa jika di-dalam perjalanan mereka hendak pergi menengok anak dara itu berlaku sa-suatu benchana atau kayu di-tengah2 jalan, ya'ani sa-suatu yang menggendalakan, maka adalah yang demikian itu pun tiada baik juga padahnya. Keperchayaan2 demikian itu nampak-nya pada zaman sekarang ini ada-lah sedang beransor kurang di-perchayai oleh orang kita(Melayu).
Satelah selesai di-lakukan usaha menilek dan menengok, saperti yang di-sebutkan di-atas itu dan sa-telah di-persetujui oleh pehak laki2, maka di-adakan-lah satu rundingan di-antara mereka anak-beranak dan adek-beradek serta warith2 yang ada bagi menchari persetujuan serta ketetapan atas hari dan chara2 hendak masok meminang anak dara yang telah dipersetujui itu.
Peringatan:
Ada-lah di-peringatkan kapada pembacha2 ia-itu kita tidak sa-kali2 mengambil pengertian bahawa 'adat resam menilek atau menengok itu di-maksudkan saperti chara yang banyak juga di-lakukan oleh orang2 Melayu kita yang dahulu2 dan yang maseh ada juga di-laku oleh sa-tengah pada setengah mereka sekarang ini, ia-itu dengan chara menilek atau menengok untong nasib dari-pada to' bomoh, pawang atau burong jelatok, atau saperti orang menilek atau menengok kerana menikam EKOR, saperti yang telah jadi kelaziman kapada banyak daripada orang2 Melayu kita zaman ini! TIDAK! Terjauh sama sakali kita daripada mengambil pengertian, yang bukan sahaja satu 'amalan yang amat bodoh, bah kan yang sangat ditegah oleh Islam, Yang Maka Suci kerana keperchayaan yang demikian adalah membawa sa-saorang itu kapada jalan SHIRIK-Na'udzu bi'llah min dzalik !!
'Menilek' atan 'Menengok' yang di-maksud kan dan yang kita faham dan terangkan itu ialah yang bererti menilek, melihat, menyelidek dan men yiasat dengan tujuan kerana berikhtiar hendak memileh sa-baik2 bakal menantu yang boleh hidup aman dan damai serta ria di-dalam pergaulan rumah-tangga anak mereka.
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]
[BERSALIN] [BERTINDEK] [BERSUNAT] [NIKAH KAHWIN] [BERKELUARGA] [BERMASYARAKAT] [KEMATIAN]