PERATORAN JAMUAN KENDURI KENDARA KAHWIN.
Ada pun jamuan2 kenduri kahwin yang utama sa-kali, sa-lain daripada yang kechil2, saperti kerana menghantar belanja, berhinai, mandi2 dan sambut-menyambut ia-lah di-adakan pada masa atau hari atau malam 'akad di-rumah pehak laki2 dan di-rumah pehak perempuan, dan malam bersanding di-rumah pehak perempuan, atoran serta masa2-nya adalah berlainan sadikit2 di negeri2 masing2. Ada negeri yang menjalankan jamuan kahwin itu dariwaktu 'akad hingga selesai bersanding di-sabelah siang hari sa-hingga sa-be1um maghrib salewat2-nya saperti di-Johor, umpama-nya, dan jamuan bagi laki2 dan perempuan dijalankan di-dalam satu hari itu juga; manakala ada pula negeri2 Melayu, yang di-sabelah utara Semenanjong Tanah Melayu, saperti di-Pulau Pinang dan Seberang Perai, umpama-nya, menjalankan jamuan itu di-dalam tempoh yang berpanjangan. Di-Pulau Pinang, di-jemput orang2 daripada pukul 8 pagi hingga 2 petang bagi laki2 dan/atau dari pukul 2 petang hingga 8 malam bagi orang2 perempuan atau ada yang menjalankan jamuan besar itu dua hari, ia-itu sa-hari bagi jamuan kaum laki2 dan sa-hari bagi jamuan kaum perempuan, dan jamuan bagi kaum perempuan itu mesti-lah di-adakan pada malam bersanding. Dan yang mengadakan mailis bersanding itu pada waktu malam selalu-nya berakhir hingga lewat malam baharu selesai.
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]
[BERSALIN] [BERTINDEK] [BERSUNAT] [NIKAH KAHWIN] [BERKELUARGA] [BERMASYARAKAT] [KEMATIAN]