Beranak atau Bersalin
Ada pun 'adat resam atau
peratoran dalam perkara beranak atau bersalin yang di-jalankan oleh orang2 Melayu di-dalam
masa tiga empat puloh tahun atau lebeh yang lalu, dan maseh ada lagi sadikit2 dijalankan
han ini di-sudut negeri yang maseh lagi berpegang kuat dengan 'adat lama itu, ada-lah
amalan karut, cherewet lagi boros keadaan-nya. Di-sini kita nyatakan chara2-nya~gan
ringkas sahaja. Bagi 'adat resam yang di-jalankan dahulu itu ada tujoh peringkat, ia-itu
- Lenggang atau Kirim Perut.
- Hari Beranak atau Bersalin.
- Menchukor Kepala dan Memberi Nama Anak.
- Ibu Berpantang.
- Ibu Mandi Bersintok Limau.
Satelah sedia segala barang itu dan to' bidan pun telah datang maka mulai-lah ia menjalankan kerja-nya mengikut 'adat resam orang melenggang perut, iaitu;
Mula2 to bidan membentangkan ketujoh2 helai kain2 yang tujoh warna itu melintang sa-helai di-atas sa-helai dan di-atas lapisan kain2 inilah di-baringkan-nya isteri yang hamil itu, kemudian dengan minyak kelapa atau minyak urat itu di-urut-nya perlahan2 akan perut isteri itu kadar sa-bentar sahaja. Kemudian daripada itu maka di-ambil-nya pula nyior yang sudah di-kupas itu lalu di-guling2kan-nya perlahan2 di-atas perut isteri itu dan atas ka-bawah tujoh kali dan pada kali yang ketujoh itu di-gulingkan-nya kelapa itu dan dilepas serta di-biarkan-nya kelapa itu bergolek daripada perut isteri itu jatoh walau kamana2 sambil di-perhatikan oleh to' bidan itu bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu satelah berhenti ia daripada golek-nya, menghala ka-atas atau ka-bawah-kalau keatas hala-nva mata kelapa itu maka konon-nya, si-isteri itu akan beroleh anak ( laki2, dan kalau ka-bawah menghala mata kelapa itu, anak perempuan, konon 'alamat-nya. Demikian-lah kePerchayaan orang tua2 dahulu.
Sa-telah itu maka to' bidan itu pun memegang dengan sa-belah tangan-nya satu hujong kain lapisan atas sa-kali dan dengan tangan-nya yang sa-belah lagi di- pegang-nya hujong yang lagi satu daripada kain itu juga, kemudian di-angkat-nya lagi sadikit sambil di-lenggang2kan-nya badan isteri itu sa-ketika (dari sini-lah terbit-nya panggilan "Lenggang Perut" itu), kemudian di-tarek-nya kain itu keluar daripada bawah badan isteri itu. Demikian-lah dilakukan-nya sahelai demi sa-helai kain2 sa-hingga habis ketujoh2 helai itu di-keluarkan-nya daripada bawah pinggang isteri itu dan kain yang di-bawah sa-kali itu di-berikan kapada to' bidan ito bersama2 dengan kelapa, beras, damar, sireh pinang berserta dengan wang pengkeras lima suku di-dalam tempat sireh itu.
Pada hari melenggang perut itu biasa-nya diadakan kenduri sadikit di-antara orang tua2 dan anakpinak serta kaum keluarga yang damping, yang dijemput khas kerana-nya. Pada masa kenduri itu biasa-nya si-isteri yang berlenggang perut itu di-pakaikan dengan pakaian yang baharu dan indah2 jua ada-nya.
HARI BERSALIN ATAU BERANAK.
Satelah genap bilangan bulan
dan hari-nya, sem-bilan bulan sembilan hari pada perkiraan orang tua2 dahulu, dan
sa'at-nya pun sudah hampir maka adalah di-sediakan kelengkapan saperti beras, kelapa dan
damar, saperti yang di-adakan pada masa melenggang perut dahulu juga. Beras, damar dan
kelapa itu sa-telah selesai bersalin ada-lah semua-nya di-berikan kapada to' bidan dengan
wang sa-banyak $5.00 jika anak sulong, $3.25 jika anak yang kedua, manakala anak yang
ketiga bayaran-nya balek saperti bayaran atas anak sulong juga ia-itu $5.00, dan kemudian
daripada anak yang ketiga maka anak yang lain2 sa-terus-nya sa-rupa dengan bayaran atas
anak yang kedua itu juga, ia-itu $3.25.
Menurut keperchayaan orang tua2 dahulu kala, ada
sa-jenis hantu atau shaitan, konon, yang suka datang pada masa perempuan bersalin kerana
hendak memakan darah peremipuan itu, oleh sebab keperchayaan yang demikian itu-lah maka
telah jadi ter'adat masa itu di-gantongkan di-bawah rumah, betul2 pada sa-belah bawah
tempat ibu yang baharu bersalin itu tidor, sa-chekak daun mengkuang yang berduri kononnya
untok jadi penghalang atau menegah hantu itu daripada datang menghampiri tempat itu, dan
bagito juga telah jadi ter'adat di-muka pinto bilek atau rumah tempat orang beranak itu
di-chalit pangkah dengan kapor yang di-sertai dengan jampi serapahnya, dan demikian juga
telah jadi 'adat pada tengah2 dahi anak kechil itu di-pangkah dengan minyak yang telah
di-champor dengan serbok arang kayu dan di-jampi, dilakukan demikian dengan harapan hendak
menjauhkan anak itu daripada dirasok oleh hantu shaitan, kononnya.
Sunggohpun adat seperti yang tersebut di-atas itu tidak banyak lagi di-amalkan oleh orang2 bandar atau pekan yang besar2 akan tetapi di-kampong2 maseh banyak juga lagi yang mengamalkannya.
HARI CHUKOR KEPALA DAN MEMBERI NAMA ANAK
Sa-lepas tujoh hari daripada hari bersalin itu lazimnya di-adakan kenduri nsai kunyit, kerana itulah harinya adat menchukor kepala anak kechil itu di-jalankan dan baginya di-beri nama.
Adapau kelengkapan yang
di-sediakan kerana menjalankan adat menchukor itu ialah ;-
anak kechil itu di-pakaikan dengan
pakaian yang indah2 dan di-letakkan dia di-atas tilam kechil yang di-taroh di-atas talam
atau pahar.
satu cheper berisi tiga biji
mangkok atau piring yang berisi ayer tepong tawar, beras kunyit dan berteh.
sa-biji kelapa mumbang yang besar
sa-dikit di-potong buka pada arah kepalanya dengan potongan berkelok2 siku-keluang dan
di-jadikan penutupnya daripada potongan itu, ayar kelapa itu di-buang dan di-isi
didalamnya sadikit ayer sejok, dan kelapa itu di-letakkan di-dalam sebiji batil se-muat2
kelapa itu sahaja; biasanya kelapa itu di-hiasi pula dengan lilitan rantai emas atau perak
dan di-chuchok dengan tajok2 rekaan yang indah2 rupanya.
bila sudah siap semua-nya maka anak
kechil itu pun di-bawa keluar dan di-kelilingkan kapada dhaif2 laki2 yang diluar tiap2
sa-orang daripada mereka sa-telah menepok sadikit tepong tawar, menebar sadikit beras
kunyit dan berteh kapada anak itu maka ia pun menggunting sadikit sahaja dari rambut anak
itu dengan gunting yang memang ada disediakan dan rambut yang di-gunting itu dimasokkan
ka-dalam ayer di-dalam kelapa itu. Di-masa ini-lah anak itu di-beri nama. Atoran-nya
bilangan orang yang melakukan guntingan rambut itu hendak-lah sa-bilangan yang ganjil,
ia-itu tiga, lima atau tujoh atau sa-umpama-nya. Sa-telah selesai dijalankan oleh pehak
laki2 maka anak itu di-bawa pula masok ka-dalam rumah itu, dan saperti yang demikian
itu-lah juga dilakukan pula oleh pehak perempuan.
Sa-telah selesai kedua pehak
laki2 dan perempuan itu menjalankan 'adat berehukor itu maka baharulah kepala anak itu
di-chukor seluroh-nya oleh to' bidan atau sa-siapa yang mahir dengan kerja itu. Rambut
anak itu semua-nya di-masokkan ka-dalam kelapa itu dan, sa-telah di-buka dan di-chabut
segala rantai dan tajok2 yang menghiasi kelapa itu maka kelapa itu lazim-nya di-tanam
di-mana2 di-dalam halaman rumah itu bersama2 sapohon anak kelapa atau lain2 yang
sa-umpama-nya, sa-bagai peringatan atas masa anak itu di-peranakkan di-masa ka-hadapan.
Demikian-lah chara-nya 'adat resam Melayu bagi menchukor dan menamakan anak kechil di-zaman dahulu, akan tetapi saperti yang telah terdahulu disebutkan bahawa orang Melayu di-bandar dan yang sudah moden sekarang ini tidak banyak lagi yang menjalankan 'adat ini, hanya orang Melayu kampong sahaja maseh banyak lagi yang menjalankan-nya dan yang gemar kapada-nya. Bagitu pun banyak orang2 kita yang memang tidak gemar menchukor kepala anak yang maseh bagitu lembut lagi keadaan-nya, dan berkenaan dengan menamakan anak itu pula sekarang ini undang kerajaan telah memaksa ia-itu tiap2 saorang anak yang baharu di-zahirkan mesti di-beri nama-nya di-dalam tempoh 24 jam kerana di-dalam tempoh itu anak itu di-kehendaki di-daftarkan dipejabat beranak. Maka oleh hal yang demikian haruslah 'adat ini akan di-tinggalkan atau di-ubah atau diperbaiki. Akan tetapi pada tentang kenduri genap tujoh hari 'umor anak itu harus boleh jadi berkekalan di-jalankan oleh banyak bilangan daripada orang2 kita yang di-kampong.
BERPANTANG EMPAT PULOH EMPAT HARI.
Sa-lama empat puloh empat hari, di-kira dari hari mula bersalin, adalah di-'adatkan ibu itu berpantang di-sapanjang tempoh itu, erti-nya ibu itu di-tegah daripada makan sa-barang kehendak-nya atau berbuat apa2 jua pun daripada kerja2 rumah-tangga atau sabarang apa kerja pun, liingga bangun berjalan meninggalkan tempat tidor-nya pun di-tegah ia melakukan-nya, melainkan sa-sudah lepas sa-kurang-nya tujoh hari daripada hari bersalin-nya itu. Lepas tujoh hari baharulah boleh di- benarkan dia berjalan2 sedikit2 dan sabentar2 di-dalam rumah-nya itu sahaja. Pantang ini dahulu adalah sa-perkara yang mesti sakali pun ibu itu berasa dia sudah boleh membuat kerja lebeh daripada yang di-benarkan itu dan sama sakali tertegah atau di-pantangkan dia berjalan atau berkereta keluar dari rumah-nya melainkan satelah genap ia berpantang sa-lama empat puloh empat hari daripada hari bersalin-nya.
Ada pun ubat yang di-pakai dan di-makan masa dahulu oleh ibu itu hanya-lah ubat to' bidan-nya itu sahaja. Sa-lain daripada ubat yang di-makan dan di pakai-nya itu ibu itu ada-lah juga di-tungku (tuam) perut nya sa-hari sa-kali tiap2 hari salama pantangnya itu, atau ada sa-tengah-nya berdiang sa-bagai ganti bertungku itu. Akan tetapi zaman sekarang ini kebanyakan daripada orang2 Melayu bahagian pekan tidak lagi berpegang dengan 'adat berubat dengan to' bidan dan berpantang empat puloh empat hari itu, kerana sudah banyak orang mahu dan suka memakai ubat2 doktor atan lain2 tukang ubat. Dalam pada itu pun maseh banyak juga lagi yang berpegang kuat dengan 'adat lama itu, terutama-nya orang2 Melayu yang di-kampong2.
Orang Melayu yang di-bandar2 dan pekan2 yang besar, terutama-nya mereka yang menerima tamaddun Barat, ada-lah sekarang ini lebeh gemar pergi bersalin ka-Rumah Sakit (hospital) Beranak dan tidak hendak berpegang dengan 'adat berpantang empat puloh empat hari itu lagi.
MANDI SA-LEPAS PANTANG.
Kemudian daripada tamat tempoh berpantang, ia-itu lepas tempoh empat puloh empat hari itu maka pada hari yang keempat puloh lima itu ada-lah ter'adat di-adakan kenduri atau kenduri kechil di-antara sa-sama mereka anak-beranak dan adek-beradek sahaja, manakala ibu itu di-mandikan dengan ayer sintok liman serta di-langirkan sa-bagai isharat melepaskan pantang. Dari hari itu maka bebaslah ibu itu menjalankan kerja2 rumah-tangga-nya atau sa-barang apa pekerjaan pun dan bebas-lah ia berjalan ka-mana2 jua yang di-sukai-nya dengan tidak tertakut2 'bentan' erti-nya jadi sakit kerana melanggar pantang.'
Demikian-lah 'adat resam berkaitan dengan beranak atan bersalin yang maseh banyak bilangan-nya lagi yang berpegang dan ber'amal dengan-nya, terutama-nya di-antara orang2 Melayu di-kampong diseluroh Semenanjong Tanah Melayu ini.
[BERSALIN] [BERTINDEK] [BERSUNAT] [NIKAH KAHWIN] [BERKELUARGA] [BERMASYARAKAT] [KEMATIAN]