Bersunat


Ada pun 'adat resam bersunat ini, sunggoh pun pada masa sekarang sudah banyak kurang di-jalankan dan orang2 yang menjalankan-nya pun tidak-lah dengan chara kenduri kendara besar2 saperti di-zaman dahulu, akan tetapi maseh ada juga lagi yang mengerjakan-nya dengan berkenduri kendara yang boleh dikatakan besar jua.
Bila telah masok 'umor anak si-ibu bapa Melayu itu lebeh kurang sa-puloh atau dua belas tahun maka di-tetapkan-lah oleh ibu bapa-nya itu akan hari hendak mengadakan kenduri kendara menyunat anak-nya itu, lalu di-beri tahu atau di-jemput dengan mulut atau dengan surat beberapa bilangan daripada anak-pinak, adek-kakak dan sahabat-handai dan jiran2 sa-kampong mereka, dan jika yang membuat kerja lebeh besar maka di-panggil-lah ahli2 jemputan yang lebeh ramai lagi.

Bila sampai hari-nya maka pada sa-belah petang atau malam-nya mula-lah anak laki2 yang hendak di-sunat itu di-mandikan, di-andam dan di-pakaikan dengan pakajan yang indah2, saperti pakaian pengantin dan di-letakkan dia dudok di-atas kerusi-ada juga yang membuat pelamin khas bagi di- dudokkan budak itu. Dan lagi ada juga yang suka mengarak budak .itu sa-belum dia di-dudokkan di-atas pelamin ia-itu saperti mengarak pengantin juga. Ada pula sa-tengah pada sa-tengah-nya, jika budak yang hendak di-sunat itu telah khatam membacha Qur'an maka di-sertakan pula 'adat menyunat itu dengan 'adat berkhatam Qur'an, ia-itu budak itu di-dudokkan di- atas sa-bidang tikar sila di-hadapan pelamin itu berhadapan dengan dhaif2 yang hadhir dan membacha surah2 penghabisan di-daTam Qur'an itu dengan suara yang kuat dan berlagu, jika dia telah di-lateh mengaji dengan berlagu. Satelah selesai ia mengaji dan di-dudokkan di-atas pelamin maka bunga telor yang telah di-perbuat khas kerana-nya itu pun di-bahagikan kapada dhaif2 yang hadhir 'sa-orang satu atau sa-tangkai. Kapada guru yang mengajar budak itu, lazim-nya pada sisi ibu bapa yang berada, di-hadiahkan sa-lengkap satu persalin pakaian, dan pada akhir majlis itu budak itu di-suroh menchium tangan dan bersalam2an dengan dhaif2 yang hadhir dan kemudian-nya jamuan pun di-edarkan kapada sakalian yang hadhir laki2 dan perempuan, sa-sudah itu maka majlis petang atau malam itu pun tamat-lah.
Pada pagi2 keesokan hari-nya, sa-beTum to' mudim (gelaran tukang sunat) tiba, ada-lah di-sedia dan di-siapkan benda2 saperti yang tersebut di-bawah ini bagi pergunaan to' mudim ia-itu :-

  1. kain puteh, panjang lima hasta,
  2. sa-ekor bapak ayam,
  3. sa-biji buyong ayer,
  4. sa-batang batang pisang,
  5. sireh pinang sa-lengkap-nya di-dalam piring atau tepak, dan
  6. duit, sa-banyak $3- atau lebeh, menurut suka ibu bapa budak itu hendak bersedekah kapada to' mudim itu.

 

Akan budak yang hendak di-sunat itu, dan pagi2 hari itu di-suroh mandi dengan sa-puas2-nya dan pada penyudah-nya dengan ayer yang di-dalam buyong yang sudah di-jampi oleh to' mudim itu dengan keadaan budak itu berdiri di-atas tangga ketika ayer itu di-siramkan ka-atas-nya.

Kemudian maka budak itu pun di-dudokkan berchelapak di-atas batang pisang, dan to' mudim itu pun dengan pantas menyunatkan dia, dan sa-habis.sahaja di-chantas-nya maka dengan chepat to' mudim itu mengambil bapak ayam dan diachukan-nya kepala bapak ayam itu kapada kemaluan budak itu dan jika nampak kembang tengkok ayam itu tatkala di-achu2kan maka yang demikian itu konon, menandakan budak itu garang dan akan berbini banyak.

Adapun kain puteh, ayam, tepak dengan isinya,-nya, buyong dan duit sedekah itu semua-nya terpulang kapada to' mudim itu dan mudim itu akan datang mengulang melihat hal keadaan budak yang di-sunatnya itu sa-lama tiga hari berturut2, sa-telah itu maka selesai-lah kerja-nya.

Shahadan ada lagi sa-perkara 'adat resam orang2 Melayu kampong dahulu, yang patut rasa-nya kita sebutkan di-sini, sunggoh pun pada zaman sekarang'adat ini tiada di-'amalkan, kerana budak2 sekarang ini, hatta yang di-kampong2 itu sa-kali pun, tiada yang mahu menurut-nya; 'adat yang di-maksudkan ini ia-lah 'adat yang mengkehendaki budak2 kechil sa-belum mereka bersunat mesti menyimpan jambul atau bocheng sama ada ditengkok atau di-tengah2 kepala mereka. Ada pula satengah pada sa-tengah-nya menaroh dua tompok jambul atau bocheng dan dibiarkan jambul atau bocheng itu panjang sa-hingga sampai pada hari hendak bersunat itu baharu-lah kepala budak itu di-chukor dengan jambul atau bocheng-nya sa-kali.

Peringatan:

Sunggoh pun orang2 Melayu telah melakukan pekerjaan menyunat itu bukan sahaja kapada anak2 yang laki2 tetapi juga kapada anak2 perempuan maka ada-lah di-sini kita suka hendak menyatakan fikiran kita sendiri bahawa dengan sa-sunggoh-nya tidaklah sa-kali2 kita menyertai keyakinan yang mengatakan bahawa bersunat itu ada-lah juga sunnah pada anak2 perempuan. Tidak! Kita perchaya bahawa bersunat itu hanya sunnah di-lakukan kapada anak2 laki2 sahaja kerana beberapa sebab yang besar hikmat-nya pada sisi kehidupan manusia, tetapi tidak sunnah di-lakukan kapada anak2 perempuan. Bahkan sa-balek-nya zalim jika di-lakukan ka-atas anak2 perempuan.

Alhamdulillah hari ini perkara bersunat ini tidak lagi di-besarkan oleh kebanyakan orang Melayu, baik yang dibandar dan pekan atau yang di-kampong, jadi tersingkirlah satu daripada kerja2 membuag wang dan membuang masa perchuma dan sia2 atas nama 'adat resam atau tuntutan ugama konon. Nampak-nya hari ini sudah banyak yang suka menyunat anak laki2 mereka dengan chara baharu yang lebeh mudah, murah, ringkas dan chepat semboh dan jauh lebeh selamat, ia-itu bersunat di-hospital oleh ( doktor atau jururawat) yang mahir.

[BERSALIN] [BERTINDEK] [BERSUNAT] [NIKAH KAHWIN] [BERKELUARGA] [BERMASYARAKAT] [KEMATIAN]