'ADAT RESAM BERSEKAMPONG
Adalah dikehendaki oleh adat resam
Melayu dari zaman dahulu supaya tiap2 sa-orang pendudok di-dalam sa-buah kampong atau
mukim yang sudah dewasa, yang laki2 daripada mereka terutamanya, berhubong rapat dengan
ketua kampong atau penghulu mukimnya supaya hal keadaan-nya di-ketahui dan di-dalam
perhatian ketuanya.
Sa-lain daripada sudah sa-memangnya dituntut oleh
ugama Islam maka adalah juga di'adatkan oleh adat resam Melayu bahawa tiap2 sa-orang
pendudok Melayu atau Islam didalam sa-buah kampong atau mukim itu datang ka-mesjid kampong
atau mukim-nya pada tiap2 hari Juma'at kerana bersembahyang fardhu Juma'at.
Adalah dikehendaki oleh adat resam Melayu bahawa
tiap2 seorang pendudok, dengan sa-berapa yang boleh, hendaklah menjalankan usaha bagi
faedah masharakat kampong atau mukim itu 'am-nya dengan ka'edah atau chara
bergotong-royong.
Adalah dikehendaki oleh adat resam Melayu supaya pendudok2
sa-buah kampong atau mukim menggalakkan diri masing2, sa-kurang2-nya datang menziarah,
datang menolong atau membantu atas kadar yang boleh dan mampu bagi-nya lika berlaku
sa-suatu kemalangan, umpamanya sakit pening atau kematian kepada sa-saorang atau sa-sabuah
rumah-tangga di-dalam kampong atau mukimnya.
Bila2 datang berpindah ka-sabuah kampong atau mukim orang
Melayu atau Islam yang terkenal maka adalah di'adatkan oleh adat resam Melayu supaya orang
yang baru datang berpindah itu memberi tahu akan hal perpindahan-nya kepada ketua kampong
atau penghulu mukim itu dan kepada siak atau penguasa mesjid kampong atau mukim itu, dan
begitu pula di'adatkan supaya ketua kampong, penghulu mukim dan lain2 pendudok yang
terkenal di-dalam kampong atau mukim
itu datang menziarahi ka-rumah yang baru pindah itu.
*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWAIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*