Bertindek


Ada pun 'adat resam kerana menjalankan kerja2 dan kenduri kendara kerana menindek telinga anak2 perempuan, yang ber'umor dan 5 sampai 10 tahun pada masa dahulu ada-lah di-jalankan dengan chara mengadakan kenduri kendara besar2 juga, jika dihitong atas taksiran keadaan wang ringgit zaman itu, pada hal kerja-nya sangat-lah sedikit, ia-itu dengan tukang tindek itu chuma menebok kedua chuping te linga anak perempuan itu dengan sa-jenis daun. Akan tetapi, zaman sekarang ini, Al-hamdulillah, kerja yang demikian itu tidak banyak lagi di-lakukan, walau pun oleh orang2 Melayu kampong, dengan memper'adatkan kenduri kendara kerana-nya, melainkan masing2 membuat sendiri sahaja dengan apa sahaja jalan yang mudah, asakan chuping telinga anak masing2 dapat di-tebok dengan selamat. Tambahan pula di-bandar2 dan pekan2 besar sekarang ini berbagai jenis subang dan anting2 chara moden yang chantek2 boleh dapat di-beli dengan murah dan boleh di-pakai di-chuping telinga yang ta' berlubang dengan pakai ketap sahaja maka tiada-lah perkara menindek telinga itu jadi satu perkara perlu lagi. Masa ini sudah pun banyak pemudi2 Melayu kita di-bandar2 dan di-pekan2 yang tidak berlubang lagi chuping telinga mereka.

 

[BERSALIN] [BERTINDEK] [BERSUNAT] [NIKAH KAHWIN] [BERKELUARGA] [BERMASYARAKAT] [KEMATIAN]