SAMBUT-MENYAMBUT (BERTANDANG).
Sa-telah 'adat atoran mandi2 itu selesai di-jalankan
maka pada petang hari itu juga kedua pengantin suami isteri itu di-sambut ka-rumah
pengantin laki2, ya'ani ka-rumah suami-nya. Di-kalangan satengah2 orang yang berada pada
masa dahulu, 'adat menyambut ini pun di-lakukan dengan chara besar2 juga, iaitu dengan
di-arak kedua pengantin itu dan di-sandingkan juga sa-kali lagi dengan mengadakan jamuan
kenduri kendara berbesar2an, terkadang hanya kurang sadikit sahaja besar dan ramai-nya
daripada keadaan di-masa kenduri kahwin yang mula itu. Sa-telah kedua suami isteri itu
dudok kadar beberapa hari di-rumah suami itu maka di-sambut balek pula mereka ka-rumah
isteri itu, maka dengan yang demikian tamat-lah 'adat nikah kahwin bagi kedua-nya. Ada pun
tentang kedua suami isteri itu hendak be-rumah-tangga lama atau sementara di-rumah ibu
bapa isteri atau ibubapa suami atau mereka hendak berumah sendiri itu adalah terpulang
sa-mata2 kapada persetujuan mereka suami isteri di-belakang kelak, ada-nya.
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]