FASAL KETIGA -BERSANDING.
Sa-belum di-terangkan 'adat
peratoran bersanding di-atas pelamin bagi kedua2 pengantin laki2 dan perempuan, atau pada
pengertian kehendak-nya ialah singgahsana bagi persemayaman 'raja sa-hari' dengan
'permaisuri'-nya maka elok-lah kita nyatakan sadikit dahulu lebeh kurang akan rupa dan
chara-nya pelarnin itu di-perbuat.
Lebeh kurang bentok-nya pelamin itu
ada-lah sa-akan2 singgahsana serta dengan peterakna-nya daripada bangku atau kaus atau dua
buah kerusi, tempat dudok kedua pengantin itu bersanding. Pelamin ita di-perbuat daripada
kayu dan kertas tebal di-sampul dan di-hiasi dengan kertas2 bunga dan kain2 sutera yang
berwarna-warni dan dengan pelita2 kechil bermacham warna (zaman dahulu daripada pelita2
minyak kelapa tetapi zaman elektrik sekarang dengan pelita2 elekirik berwarna-warni pula).
Besar kechil, mahal murah atau elok burok-nya perbuatan pelamin itu adalah bergantong
kapada kemampuan tuan rumah itu dan kapada kepandaian tukang pelamin itu. Tinggi-nya
pelamin, kebanyakan-nya, dua atau tiga tingkat dan tiap2 satu tingkat hanya lebeh kurang
tinggi-nya satu kaki sahaja. Peterakna atau kaus tempat dudok kedua pengantin ita
bersanding di-sampul dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang
amat permai rupa-nya. Di-hadapan peterakna itu yang di-letakkan pada tingkat atas sa-kali
ia-lah satu pahar yang di-panggil orang Melayu dengan nama "astakona" berisi
nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga2 telor berchelup merah dan di-kemunchak gubahan nasi
kunyit itu di-chachakkan sa-jambak karangan bunga daripada kertas perada dan manek jemeki
yang berwarna-warni dan permai rupa-nya.
Bila sampai tempoh-nya pengantin
kedua itu hendak di-sandingkan maka perkara yang mula sakali di-lakukan ia-lah memakaikan
pengantin perempuan, dan bila pemakaian pengantin perempuan itu di-mulakan sahaja
biasa-nya di-hantarlah khabar kapada pehak mempelai mengatakan bahawa pengantin perempuan
sudah mula di-pakaikan; dan pada lebeh kurang sa-kian lama-nya ada-lah di-kehendaki supaya
perarakan membawa mempelai kerana bersanding itu di-mulakan. Bila pengantin perempuan
sudah hampir siap atau sudah siap berpakajan, khabaran akhir pun dihantar kapada pehak
mempelai dengan tujuan supaya mempelai itu boleh berangkat datang samasa itu juga.
Satelah lengkap pengantin perempuan
itu di-pakaikan, biasa-nya pada masa dahulu kebanyakan-nya dengan pakaian Melayu asli yang
serba indah, maka ia pun di-pimpin oleh emak pengantin dengan sa-orang budak perempuan
sa-bagai pengapit-nya dengan pakaian yang serba indah juga berjalan perlahan2 naik
ka-pelamin dan di-dudokkan di-atas peterakna pelamin itu pada sa-belah kiri-nya, dan
di-sisi sa-belah kiri-nya berdiri pengapit-nya dengan satu kipas bertekat mengipas
pengantin itu periahan2. Ada pun pengantin perempuan itu, mengikut 'adat, hendak-lah
keadaan dudok-nya di-sapanjang masa ia di-pelamin itu dengan memejamkan kedua mata-nya dan
rnenundokkan kepala-nya, sadikit sa-bagai menunjokkan tanda malu dan sopan itu
ada-lahsifat2 samula jadi bagi perempuan. Biasa-nya, sa-masa dengan pengantin perempuan
itu di-bawa keluar kerana di-dudokkan di-atas pelamin itulah masa-nya mempelai itu mulai
keluar dari rumah-nya di-arak ka-rumah pengantin perempuan itu. Tetapi kira-nya rumah-nya
jauh atau perarakan-nya hendak dilanjutkan masa-nya, maka mempelai itu di-bawa keluar
berarak lebeh. dahulu daripada pengantin perempuan itu diletak-kan di-atas pelamin supaya
tidak menyakiti pengantin perempuan itu kerana lama sangat dudok menunggu dj-pelamin itu
kita kata menyakiti itu ialah kerana ghalibnya pakaian yang di-pakaikan kapada pengantin
perempuan itu ialah terlalu sarat dan daripada yang tebal2 kainnya,, terutama-nya pakaian
kepala-nya, mengikut pakaian pengantin dahulu terlalu berat.
Pengantin laki2 yang juga sudah
siap berpakaian dengan salengkap pakaian chara Melayu asli juga, ia-itu bertengkolok
berbengkong dan berkeris, mulai-lah di-bawa berarak. Pada zaman dahulu, di-kampong
terutama-nya, bagi pengantin yang berpangkat dan/atau yang berkemampuan di-arak dengan
di-dudokkan dia di-atas usongan, kalau tidak dia di-arak dengan berjalan kaki sahaja.
Ada pun 'adat peratoran mengarak
pengantin masa dahulu ia-lah lebeh kurang saperti berikut:-
Di-hadapan sa-kali antara pasokan
perarakan itu ia-lah pasokan2 orang2 berebana, berkompang dan ,/atau bermarhaban, dan
dibelakang-nya berjalan sa-orang membawa tepak sireh atau puan lengkap dengan isinya dan
bertudongkan penudcng yang diperbuat saperti rupa kepala. merak jantan daripada perak atau
tembaga puteh atau yang sa-umpama-nya; di-kiri kanan tepak itu sa-orang membawa kaki dian
yang dianya sedia terpasang dan di-belakang tepak dan kaki dian itu-lah mempelai itu
berjalan, berjulang atau berusong dengan sa-orang pengapit-nya, budak laki2 yang
di-pakaikan dengan pakaian Melayu serba indah saperti mempelai itu juga dan sa-orang tua
sa-bagai pengiring-nya berjalan atau bersama dudok di-atas usongan itu. Di-belakang
pengantin laki2 berjalanlah orang2 ramai danpada kaum keluarga dan sahabat handai yang
damping kapada pehak laki2 itu.
Angkatan perarakan itu dahulu adalah di-terangi dengan sulohan api minyak tanah atau
andang yang di-bawa orang beberapa batang sa-belah, berjalan bersama2 di-kiri kanan
angkatan itu dan di-sapanjang jalan rioh-rendah-lah bunyi suara orang berdzikir dan
marhaban dengan bunyi pukulan rebana dan kompang bersambut2an. Lazim-nya dahulu dzikir
atau marhaban itu ada-lah dinyanyikan dengan bahasa 'Arab. Demikianlah di-arak mempelai
itu sa-hingga sampai hampir dengan halaman rumah pengantin perempuan. Biasa-nya
sa-kumpulan orang2 perempuan dari pehak laki2 di-hantar atau pergi dahulu sadikit ka-rumah
pengantin perempuan itu. Mereka ada-lah di-sambut dengan sibaran atau taboran beras kunyit
dan di-dudokkan pada tempat yang memang telah di-sediakan di-hadapan pelamin itu.
Ada pun di-hadapan halaman rumah
pengantin itu ramai pula orang2 laki2 tua muda-kebanyakan orang2 muda, biasa-nya,
berhimpun kerana menyambut mempelai itu, dan pada kumpulan mereka pun ada dihadapan-nya
sa-kali sa-orang membawa tepak sireh yang sa-rupa keadaan-nya melainkan tudong-nya
di-bentok dengan rupa kepala merak betina, dan di-kiri kanan yang membawa tepak itu orang
membawa dian yang sedia berpasang juga dan ada juga dengan pasokan2 rebana, kompang dan
marhaban-nya. Ketika berhadapan sahaja kedua pasokan itu di-halaman rumah pengantin maka
gemuroh-lah bunyi suara dzikir dan marhaban kedua pehak bersambut2an menyanyikan lagu
masing2.
Bila tiba berhadapan kedua kumpulan
itu lebeh kurang sa-puloh dua puloh ela jarak di-antara kedua-nya di-halaman rumah
pengantin itu maka berhenti-lah angkatan perarakan mempelai itu dan tampil-lah pembawa
tepak sireh pehak laki2 itu satu dua tapak ka-hadapan dengan cabaran-nya akan pembawa
tepak sireh pehak perempuan itu. Dengan serta-merta itu juga, sa-olah2 menerima chabaran
itu, tampil pembawa tepak sireh pengantin perempuan sa-tapak dua juga dan dengan tidak
menunggu apa2 lagi pembawa tepak mempelai ita pun mulai memechah silat-nya dan bagitu juga
pembawa tepak sireh pengantin perempuan itu pun memechah silat-nya, lalu kedua-nya
berpenchak sa-laku merak mengigal. (Zaman dahulu sa-memang-nya orang2 yang di-pileh
membawa tepak bagi kedua pehak itu adalah daripada mereka yang pandai dan chekap menari
penchak silat yang di-gemari masa itu.)
Sa-sudah berapa minit di-lakukan tarian penchak silat itu maka kedua yang menari itu pun
rapat antara kedua mereka lalu di-temukan kedua munchong merak gambaran tudong kedua tepak
sireh itu dan disambut perbuatan itu dengan sorak sakalian yang hadhir, dan mempelai itu
pun dipimpin dan di-iringkan bawa ka-pintu ha-dapan rumah itu lalu tampil sa-orang
membacha selawat tiga kali dengan suara yang kuat dan sedap lagu-nya sa-bagai memberi
selamat mempelai itu masok ka-rumah itu. Dan tangga bawah sa-kali di-luar pintu yang
hendak di-masoki oleh mempelai itu biasa-nya di-hampar dengan permaidani panjang atau kain
panjang sa-hingga kapada ketapak tingkat pelamin yang bawah sakali bagi alas perjalanan
mempelai itu ke-pelamin.
Sa-belum mempelai itu dapat di-bawa
masok melalui pintu hadapan itu, pada zaman dahulu, (zaman sekarang ini 'adat ini hampir
sudah tidak di-'amalkan lagi oleh kebanyak-an orang2 Meayu, hatta yang di-kampong pun) ada
beberapa orang pehak laki2, terutama-nya pemuda2 , yang di-'adatkan dudok atau berdiri
menyekat mempelai itu daripada di-bawa masok melainkan terlebeh dahulu membayar tebus
pintu atas kadar persetujuan di-antara kedua pehak. Jika ada lebeh daripada satu pintu
yang hendak di-masoki maka dua kalilah bayaran tebusan ita mesti di-bayar, jika tidak maka
mempelai itu pun di-bawalah berjalan kapada pelamin itu; tetapi ghalib-nya, di-atas
ketapak bawah pelamin itu dudok pula berderet beberapa orang perempuan menyekat mempelai
itu daripada di-bawa naik di-dudokkan di-sisi pegantin perempuan di-atas peterakna pelamin
ita melainkan dengan membayar harga tebus pelamin.
Sa-telah bayaran tebus di-selesaikan maka mempelai itu pun di-bawa-lah naik hingga
ka-hadapan peterakna bagi di-dudokkan di-sabelah kanan pengantin perempuan, akan tetapi
di-sini pun dan bagi kali-nya yang akhir pehak mempelai itu terpaksa membayar bayaran
tebus yang akhir, ia-itu tebus kipas yang sa-masa itu sedang dipegang oleh emak pengantin
mendinding muka pengantin perempuan itu. Bayaran tebusan ini pun mesti-lah di-sempurnakan,
dan di-antara tiga bayaran2 tebus itu bayaran tebus kipas ini-lah yang terbesar sakali.
Sa-telah bayaran itu di-sempurnakan maka baharu-lah emak pengantin itu membuka muka
pengantin perempuan itu dan menyambut mempelai itu di-dudokkan-nya di-sabelah kanan
pengantin perempuan dan pengapit mempelai itu berdiri di-sabelali kanan mempelai itu.
Dudok-lah kedua pengantin itu
di-hadapi oleh penoh sesak dengab dhaif2 perempuan yang dudok di-hadapan pelamin itu
menjamu mata mereka dengan pandangan yang amat mereka gemari itu. Dan keadaan 'adat
bersanding ini-lah terbit peribahasa mengatakan pengantin itu "raja sahari"
kerana dudok-nya di-atas pelamin itu di-hadapi oleh sakalian dhaif2 itu, saolah ra'yat
mengadap raja dan permaisurinya, hanya bedza-nya di-sini bukan mereka di-junjong duli
tetapi di-tuntun.
Dalam masa bersanding itu-lah di-lakukan oleh emak pengantin itu 'adat bersuap2-an
di-antara kedua pengantin itu, ia-itu emak pengantin itu menjemput sadikit nasi kunyit
daripada pahar astakona itu dan diberi-nya mula2 kapada tangan pengantin perempuan dan
dengan memegang nasi itu dengan dua jari-nya maka di-angkat oleh emak pengantin tangan-nya
itu kapada mulut mempelai itu sa-bagai isharat menyuapkan dia. Sa-telah itu maka
di-lakukan sademikian itu juga oleh mempelai kapada pengantin perempuan itu pula.
Sa-telah selesai di-jalankan 'adat bersuap2an itu maka emak pengantin itu pun turun
daripada pelamin itu dan saklian sanak saudara dan sahabat handai laki2, yang belum naik
melihat persandingan itu di-jemput naik melihat sa-hingga habis semua-nya melihat
persandingan yang amat di-sukai dan di-besarkan oleh orang2 kita, terutama-nya oleh kaum
perempuan Melayu maka baharu-lah telor yang terchuchok pada nasi kunyit di-astakona itu
di-chabut dan di-bahagikan kapada dhaif2 perempuan di-dalam majlis itu sa-orang sa-biji
atau sa-kadar yang menchukupi.
Sa-telah itu maka kedua pengantin
itu pun di-bawa oleh emak pengantin itu turun daripada pelamin itu berjalan perlahan2 dan
dengan kedua-nya berpimpin tangan dan mengaitkan jari kelengkeng mereka satu dengan lain
di-bawa terus masok ka-dalam bilek peraduan pengantin, yang sudah sedia di-siapkan dan
di-hiasi dengan sa-elok2 ke-lengkapan dan perhiasan.
Di-dalam bilek ini kedua pengantin itu di-dudokkan pula bersanding di-atas tikar sila,
yang bertekat dan bersulam dengan benang emas, kelengkan dan jemeki sarong-nya, di-hadapan
tempat tidor daripada gerai atau katil yang telah terhias dengan sa-indah2 keadaan dan
perhiasan. Satelah kedua-nya di-dudokkan maka emak pengantin itu pun mengambil kedua belah
tangan pengantin perempuan lalu di-persalamkannya dengan tangan mempelai itu sa-bagai
tanda mula berkenal di-dalam pendahuluan berkaseh di-antara mereka suami isteri.
"'Adat berkahwin dahulu kemudian berkaseh" chara saperti ini ada-lah 'adat purba-kala, bukan sahaja kapada bangsa Melayu, bahkan kapada kebanyakan bangsa2 di-dalam dunia ini, terutama-nya bangsa2 yang menganut ugama Islam; dan sunggoh pun haruan kemodenan sudah banyak mengubah-nya, tetapi maseh banyak juga daripada orang Melayu, hatta di-antara yang berpelajaran dan bertamaddun, yang berpegang dan menggalakkan "'adat berkahwin dahulu, kemudian berkaseh", kerana pada fikiran mereka yang demikian ada-lah lebeh selamat dan bahagia.
Sa-telah itu maka emak pengantin itu pun keluar-lah daripada bilek itu serta menutup pintu-nya dan meninggalkan kedua pengantin suami isteri itu bersendirian di-dalam bilek itu kira2 sa-jam dua bagi memberi peluang kapada mereka, ya'ani di-sini tentu-lah kapada suami itu, memulakan tegor-sapa permulaan di-antara mereka. Kemudian daripada sa-jam atau dua kedua-nya bersendirian di-dalam bilek itu maka emak pengantin itu pun masok dan membawa pengantin perempuan itu keluar danpada bilek itu, manakala mempelai itu tinggallah di-dalam bilek pengantin yang dari masa itu sudah jadi tempat-nya sendiri.
Pengantin perempuan itu tidak lagi dibawa masok sa-mula ka-dalam bilek itu, melainkan kira-nya saperti di-satengah2 negeri bersanding itu di-selesaikan sa-belum sampai waktu maghrib, maka pengantin perempuan itu kelak di-bawa masok sa-mula pada waktu makan malam kerana melayani suami-nya makan atau makan bersama-nya, dan salepas makan malam itu pengantin perempuan itu mengikut 'adat, belum juga lagi di-biarkan berlamaan di-dalam bilik itu. Demikian-lah tiap2 hari dan malam, selama dua hari dua malam salepas bersanding pengantin perempuan itu di-salinkan pakaian yang indah-indah2 empat kali se-hari, tetapi bukan lagi pakaian pengantin ia-itu pertama kali itu kerana makan pagi (futur), kedua kerana makan tengah hari, ketiga kerana minum teh petang dan keempat kali-nya kerana makan malam, dan pada tiap2 kali-nya salepas makan pengantin perempuan itu ada-lah digalakkan dudok berlamaan sadikit di-dalam bilek bersama2 suami-nya dengan tujuan supaya meluaskan peluang bagi suami isten itu bergurau senda untok menyemai beneh kaseh di-antara kedua mereka.
Maka pada hari yang ketiga, atau ada juga pada hari yang keempat, tiba-lah masanya pengantin suami isteri itu tidor bersama pada nialam-nya, dan mengikut 'adat, pengantin perempuan itu, sa-telah selesai makan malam bersama suami-nya dan sa-belum waktu tidor, di-bawa keluar daripada bilek pengantin itu oleh emak pengantin dan di-salinkan pakaian serba puteh warna-nya dan tempat tidor di-bilek pengantin itu pun di-salin chadar dan sarong bantal-nya se-mua dengan yang berwarna puteh belaka. Dan lagi ada-lah di-'adatkan juga pada malam itu, masa dahulu, di-adakan permainan daripada bunyi2an dan tarian yang ringan2, saperti zapin atau yang seumpama-nya, sa-bagai mera'ikan malam persatuan hayat kedua pengantin suami isteri itu.
Mengikut 'adat kita Melayu dari semenjak berzaman2 dahulu, boleh di-katakan banyak lagi yang maseh mengikut-nya hingga sekarang mi, terutama-nya di-kampong, bahawa sa-telah selesai persatuan hayat diantara suami dengan isteri-nya malam ke-tiga atau keemnpat itu maka pada esok paginya, sa-belum 'adat mandi2 atau berlimau di-jalankan maka emak pengantin itu pergi, bertemu dengan suami itu kerana memereksa daripada-nya akan tanda yang menyaksikan isteri-nya itu sa-benar-nya anak dara dan yang dia telah puas hati dengan ke-adaan itu, dan biasa-.nya, suami atau mempelai itu akan menyerahkan kapada emak pengantin itu sa-helai sapu tangan puteh yang mengandongi tanda yang di-kehendaki itu dan sapu tangan yang mengandongi tanda itu bagi di-bawa oleh emak pengantin itu dan di-tunjokkan kapada ibu bapa pengantin laki2. Satelah selesai di-lakukan yang demikian dan nyata selamat-nya maka baharu-lah keriaan kedua pehak menchapai sa-ratus peratus penoh keadaan-nya dan kelengkapan menjalankan 'adat mandi2 atau berlimau pun di-sediakan-lah, saperti ber-ikut:-
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]
*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWAIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*