FASAL KEDUA - BERANDAM DAN BERASAH GIGI.

Biasa-nya masa dahulu (tidak banyak lagi dijalankan sekarang ini walau pun di-kampong2) lebeh kurang tiga hari sa-belum kerja kahwin itu di-mulakan maka ada-lah di-'adatkan ia-itu anak dara yang hendak di-kahwinkan itu di-andam oleh tukang andam yang memang kerja-nya mengambil upah menjadi 'emak pengantin' dan dia-lali juga menjadi tukang andam. Erti-nya berandam itu ia-lah perempuan yang hendak kahwin itu di-chukor dan di-perelokkan bentok bulu kening-nya dan di-chukor andam anak rambut di-sapanjang dahi-nya, dan kemudian gigi si-anak dara itu pun di-asah dengan sa-jenis batu pengasah gigi supaya mana2 yang ta' sama gigi itu di-persamakan. Di-lakukan demikian oleh orang tua2 dahhlu itu ia-lah dengan tujuan yang baik, ia-itu kerana hendak menambah kechantekan anak dara itu, walau pun sabalek-nya pada fikiran orang masa sekarang ini.

Sa-telah selesai di-andam dan di-asah gigi-nya maka anak dara itu pun di-mandikan serta di-bedak, akhir-nya di-mandikan dengan ayer daun dan buah Iimau purut serta di-sintok langir sa-kah, kerana yang demikian ada-lah di-'adatkan sebab keperchayaan orang tua2 dahulu bahawa perbuatan yang demikian itu boleh membuang geroh, sial, malang dan malapetaka daripada anak dara itu, konon.

Apabila telah siap di-mandikan maka hujong kesapuloh2 jari tangan, di-tengah2 kedua belah tapak tangan dan di-sakeliling kedua belah kaki anak dara itu di-hinaikan. Menepek hinai ini di-lakukan terlebeh dahulu daripada di-jalankan 'adat berhinai di-pelamin.

 


[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]


*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*