MANDI2 ATAU BERLIMAU.
Sa-telah sempurna kedua pengantin suami isteri itu
menunaikan satu daripada hikmat2 berkahwin maka di-adakan lagi sa-kali dengan pakaian
serba indah tetapi bukan pakaian pengantin lagi dan di-san-dingkan samula di-atas pelamin
di-hadapan kumpulan ibu bapa dan sanak saudara sahaja. Sa-telah sa-bentar di-sandingkan
maka di-bawa pula kedua-nya turun dudok di-bangku atas kerusi di-tengah rumah itu dan
di-sini-lah di-jalankan atoran mandi2 dan bersintok limau sa-bagai menandakan yang
persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat. Satelah
kedua-nya selesai di-mandi dan di-sintok limaukan dengan isharat sahaja maka kedua mereka
pun di-bawa oleh emak pengantin kabilek peraduan pengantin dengan keadaan suami memimpin
isteri-nya di-hujong sa-helai sapu tangan masok ka-dalam bilek-nya. Manakala di-luar,
sakalian yang ada laki2 dan perempuan mulai -lah bersiram2an sa-sama mereka dan
berkejar2an dengan suka ria. Ayer yang di-gunakan kerana siram-menyiram itu sengaja
di-perbuat daripada berbagai2 warna. Sunggoh pun 'adat ini daripada 'adat orang Melayu
kita dahulu tetapi sekarang ini boleh di-katakan hampir2 tiada lagi orang kita
menjalankan-nya. Ada pun 'adat atoran mandi2 yang maseh dilakukan lagi sekarang ini ia-lah
di-dalam 'adat isti'adat bersiram pada sisi pengantin raja2 memerentah dan atoran-nya
ada-lah lebeh terator, saperti yang akan kita terangkan kelak.
Ada pun kain basahan yang di-pakai oleh pengantin suami isteri itu tiada lagi di-ambil kembali oleh mereka kedua tetapi ada-lah di-jadikan pemberian atau hadiah kapada emak pengantin mereka. Menurut 'adat Melayu, bukan sahaja kain basahan itu tiada boleh di-ambil balek oleh kedua pengantin itu bahkan tertegah mereka oleh 'adat mengambil-nya, hatta me-merah-nya sendiri tertegah mereka daripada melaku-kan-nya, kerana tujuan menghadiahkan kain itu ia-lah kerana membuang geroh atau menolak bala' daripada kedua pengantin itu.
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]
*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWAIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*