BERHINAI DI-PELAMIN.


Sunggoh pun 'adat atoran berhinai di-pelamin ini tidak banyak lagi orang2 kita Melayu menjalankannya lebeh daripada sa-kali sahaja, akan tetapi maseh juga ada lagi yang .menjalankan-nya kerana bersuka2 sa-sama mereka sama sa-rumah; dan oleh yang mampu berbelanja kerana-nya di-lakukan sampai tiga kali berhinai di-pelamin, ia-itu pada kali pertama di-nama-kan berhinai churi, pada kali kedua di-namakan berhinai kechil dan pada kali ketiga di-namakan berhinai besar.

Biasa-nya 'adat berhinai di-pelamin ini dalam kebanyakan negeri2 Melayu di-jalankan pada malam hari, kechuali di-Johor dan sa-buah dua negeri yang lain menjalankan-nya di-sabelah petang (siang) hari.

Atoran 'adat berhinai yang biasa di-jalankan adalah lebeh kurang saperti berikut ia-itu pada berhinai churi, berhinai kechil dan berhinai besar ;-

Sa-belum 'akad atau/dan bersanding anak dara itu di-pakaikan dengan pakaian yang indah2, ya'ani pakaian pengantin, lalu di-naikkan dudok di-atas pelamin di-hadapan kumpulan kaum keluarga dan sahabat handai yang damping2 laki2 dan perempuan, terutama-nya kaum perempuan. Di-atas pelamin itu hanya pengantin perempuan sahajadi-hinaikan ketika berhinai churi dan berhinai kechil; tetapi pada masa berhinai besar, mempelai datang ka-rumah pengantin perempuan kerana berhinai besar, ia-itu sa-sudah pengantin perempuan itu di-hinai dan diturunkan daripada pelamin dan di-bawa masok baharu-lah mempelai itu pula di-naikkan ka-atas pelamin dan dihinaikan Ringkasan chara menghinai di-atas pelamin itu ia-lah saperti berikut ;-

Di-atas pelamin di-hadapan pengantin itu ada sabuah pahar berkaki tinggi dan di-dalam atau di-atas pahar itu ada terator beberapa bekas2 atau piring2, satu berisi beras kunyit, satu berisi berteh dan yang satu lagi berisi ayer tepong tawar dengan perenjisnya, dan ditengah2 pahar itu sa-biji astakona kechil berisi hinai yang sudah bergiling halus. Mula2 yang menghinaikan pengantin itu ia-lah orang2 laki2 daripada keluarga pangkat yang tua2 dengan bergilir2 naik ka-pelamin. Mula2 di-jemput-nya sa-jemput beras kunyit dari bekas yang di-atas pahar itu dan di-hamborkan-nya ka-kiri kanan pengantin itu, kemudian di-jemput-nya pula sadikit berteh dan di-hamborkan-nya demikian itu juga; sa-sudah itu di-chechahnya perenjis tepong tawar itu sadikit ka-dalam ayer tepong tawar itu lalu di-tepokkan-nya sadikit ka-atas belakang tangan pengantin yang memang sudah sedia di-susun dan diletakkan oleh emak pengantin, atau tukang andam di-atas ribaan pengantin itu, kemudian di-jemput-nya sadikit hinai daripada astakona hinai itu lalu dichalitkannya sadikit di-tapak tangan pesudah di-tadahkan dan di-alas oleh emak pengantin itu dengan daun sireh. Sa-telah itu maka emak pengantin itu pun menyusunkan jari kedua tangan pengantin itu dan di-angkatkan-nya ka-muka pengantin itu sa-laku orang menyembah. Demikianlah di-jalankan 'adat menghinai itu oleh sa-bilangan yang ganjil daripada orang laki2 di-dalam majlis itu, ia-itu tiga, lima atau tujoh orang. Sa-telah selesai orang laki2 menghinaikan maka mereka pun turun atau keluar daripada majlis itu bagi di-gantikan dengan orang2 perempuan pula keluar kerana menghinaikan pengantin itu dengan chara2 yang sa-demikian itu juga.

Demikian-lah atoran yang di-jalankan pada berhinai churi dan berhinai kechil manakala pada berhinai besar demikian itu juga chara2-nya tetapi pada berhinai besar itu pengantin laki2 di-bawa datang ka-rumah pengantin perempuan dan di-hinaikan diatas pelamin itu lebeh dahulu daripada menghinaikan pengantin perempuan.

 


[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]


*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWAIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*