BERKAHWIN BUJANG ATAU JANDA (PEREMPUAN).
Sa-saorang perempuan itu di-kata bujang atau janda kerana
terjadi atas-nya salah suatu daripada tiga kejadian ia-itu :-
Kerana ia telah dicheraikan oleh
suami-nya terbit dan beberapa sebab, antara-nya ialah berlaku perselisehan di-antara
kedua-nya yang tidak dapat di-damaikan lagi, maka bujang atau janda-lah ia sa-lepas tiga
bulan sembilan hari daripada hari ia di-cheraikan oleh suami-nya.
Kerana suami-nya telah mati, yang
demikian bujang-lah ia sa-lepas edah-nya.
Kerana dia sendiri telah memutuskan
persharikatan hayat-nya dengan suami-nya, ya'ani fasah daripada s uami-nya, apabila telah
thabit suami-nya itu telah meninggalkan dia atau belayar jauh meninggalkan-nya dengan
tiada memberi atau mengirim sara nafkah bagi kehidupan-nya dan tiada pula mengambil tahu
langsong akan hal-nya salama sa-ratus hari atau lebeh, maka jadi bujang atau janda-lah
dia.
Ada pun masa atau tempoh sa-lama tiga bulan sembilan hari daripada hari isteri itu di-cheraikan oleh suami-nya, atau hari mula isteri itu berfasah daripada suami-nya atau dari hari suami-nya meninggal dunia itu ada-lah di-namakan atau di-kata "edah" menurut hukum Islam dan sa-lepas sahaja edahnya itu maka boleh dan lulus-lah ia berkahwin sa-mula, jika dan bila2 sampai jodoh-nya dengan sa-siapa laki2 yang lain.
Perempuan2 Melayu yang bujang, terutama-nya mereka yang di-kampong ada-lah bergantong nasib mereka boleh berkahwin pula dengan chepat atau lambat kapada rupa, perangai kelakuan dan keadaan kewangan mereka. Janda kaya biasa-nya lebeh chepat di-pinang, hatta oleh laki2 teruna; bagitu juga yang rupawan. Pendek-nya keadaan yang demikian bukan sahaja benar pada sisi kaum Melayu, bahkan boleh di-kata 'am pada sisi segala bangsa di-dalam dunia ini.
MEMINANG PEREMPUAN YANG JANDA ATAU BUJANG.
Ada pun 'adat resam meminang janda
atau bujang itu ada-lah jauh lebeh mudah dan ringkas daripada atoran meminang anak dara,
dan 'adat atoran berkahwin dengan janda pun demikian itu juga mudah dan ringkas-nya. Laki2
yang hendak meminang sasaorang janda itu hanya menjalankan tilekan dan siasat lebeh kurang
sahaja dan bila sudah di-persetujui oleh laki2 itu maka di-hantar-nya-lah sa-orang tua
perempuan masok meminang-nya dan yang menerima atau tidak-nya akan pinang itu ia-lah
si-batang tuboh janda itu sendiri, kechuali jika ia-nya jadi janda pada hal ia maseh muda
benar lagi; ketika itu maka terpulang-lah perkara peminangan dan perkahwinan janda yang
sangat muda itu kapada tadbir ibu bapa atau ahli warith-nya. Bila telah di-persetujukan
dan di-terima pinangan itu maka di-tetapkan-lah se-gala sharat atas mas-kahwin dan belanja
serta masa 'akad mereka. Zaman dahulu dan juga sekarang sa
tengah pada sa-tengah orang2 kampong kita mas-kah-win
dan belanja bagi janda itu biasa-nya di-tetapkan sama ada $51/-, $61/- atau $101/-.
Perkara mas-kahwin atau belanja kerana perkahwinan janda atau bujang bukan-lah sa-perkara
yang di-berati sangat oleh orang2 Melayu kita, terutama-nya mereka yang di-kampong2 pada
zaman dahulu, kerana kehendak mereka lebeh memandang kapada kesunggohan niat dan kebagusan
budi pekerti laki2 bakal suami janda itu kerana mereka berharap kapada bela-pelihara bagi
kesenangan dan keselamatan janda itu jua ada-nya.
'ADAT ATORAN PERKAHWINAN JANDA.
Kebanyakan-nya hanya-lah menjalankan kerja yang wajib sahaja ia-itu dengan mengadakan majlis 'akad dengan jamuan yang kechil sahaja dan satelah selesai daripada kenduri kendara maka malam itu juga-lah kedua suami isteri itu di-persatukan atau yang lebeh betul lagi mereka sendiri bersatu hayat di-antara mereka ada-nya.
'ADAT PERKAHWINAN JANDA BERHIAS.
Chara berkahwin dengan atoran
Janda Berhias itu hanya di-jalankan oleh ibubapa si-janda itu kerana beberapa sebab,
sa-tengah daripada-nya ialah:-
Anak mereka, si-janda itu, maseh
muda sangat lagi 'umor-nya.
Perkahwinan-nya yang dahulu itu
singkat sangat masa-nya.
Ibu bapa itu tiada lain anak
perempuan daripada anak-nya yang janda itu.
Anak-nya itu pula terpuji
rupawan-nya.
Ibu bapa si-janda itu orang berada,
kalau pun tidak kaya.
Ada pun chara-nya perkahwinan janda berhias itu sa-rupa-lah bagaimana yang di-jalankan pada perkahwinan anak dara juga (kechuali mandi2 biasa tidak di-adakan), tidak berubah sadikit pun, hanya pada tentang kechil besar-nya sahaja kerja yang di- perbuat itu; terkadang ada yang mengkahwinkan anak yang janda dengan atoran janda berhias membuat kerja lebeh besar daripada mereka yang mengkahwin anak mereka yang dara.
Demikian-lah sa-cliara ringkas dan
kadar yang terdapat kita menerangkan serba yang mustahak di-
dalam perkara2 'adat resam nikah ahwin pada sisi
orang2 Melayu, ada-nya.
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]
*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWAIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*