MEMINANG/BERTUNANG.
Maka dari keputusan muafakat yang tersebut di-atas itu di-utuskanlah oleh ibu bapa
anak teruna itu orang tua2 sa-bagai mewakili mereka pergi masok meminang anak dara itu
daripada ibu bapa-nya. Biasa-nya ibu bapa anak dara itu tidak memberi jawab yang muktamad
kapada pehak yang meminang itu, melainkan 'adat-nya mereka bertanggoh; konon, kerana
hendak berpakat dengan ahli2 warith yang rapat, walau sa-kali pun kira-nya mereka memang
sudah bersedia hendak menerima pinangan itu. Ada sa-tengah tempoh-nya sa-kadar sa-hari dua
sahaja, tetapi terkadang ada juga yang sampai sa-minggu atau lebeh, baharu-lah pehak anak
dara menghantar pula orang tua2 bagi pehak mereka pergi ka-rumah ibu bapa anak teruna.itu
menyampaikan penerimaan ibu bapa anak dara itu akan pinangan mereka itu, dan biasa-nya
di-masa itu-lah juga segala sharat2 berkenaan dengan mas-kahwin dan belanja serta bulan
dan hari-nya, yang kerja kahwin itu hendak di-jalankan di-persetujul. dan di-tetapkan
antara kedua pehak. Ada juga yang bersetuju supaya di-dahulukan menghantar tanda
terutama-nya jika kerja kahwin itu lambat sa-dikit baharu hendak di-adakan.
Menghantar Tanda. Di-masa dahulu dan hingga ka-masa mi satengah pada sa-tengah-nya ada-lah juga di-'adatkan bahawa sa-telah "putus chakap'.', erti-nya pinangan pehak laki2 itu telah di-terima oleh pehak perempuan maka lakukan-lah penghantaran tanda daripada anak teruna kapada anak dara tunang-nya itu. Ada pun tanda yang di-hantar itu lazim-nya hanya sabentok chinchin sahaja, iaitu; chinchin intan atau berlian, besarnya mengikut-1ah kesukaan dan kemampuan ibubapa anak teruna itu. Dan ada juga yang menyertakan dengan chinchin tanda itu lain2 barang, saperti kain2, selipar atau sepatu atau lain2 lagi.
Pada kedua2 pehak laki2 dan perempuan, 'adat atoran menghantar tanda itu adalah di-sertai dengan kenduri kendara, walau pun sa-chara kechil sahaja keadaan-nya. Berkenaan 'adat dan atoran menghantar tanda itu ada-lah di-sharatkan bahawa kira-nya pehak laki2, kerana sa-suata sebab, tidak dapat menyem-purnakan tujuan pertunangan yang di-tandakan dengan chinchin dan hantaran segala barang itu maka lelaplah semua-nya itu, ya'ani tiada boleh chinchin dan barang2 itu di-minta kembali. Bagi pehak perempuan pula, jika dengan apa suatu sebab pun, kechuali anak dara itu mati, dia mungkir atau tiada mahu menyempurnakan tujuan pertunangan itu, maka hendaklah pehak perempuan mengembalikan segala barang yang di-hantar oleh pehak laki2 itu sa-kali ganda banyak-nya atau harga-nya.
Peringatan:
Sa-lain daripada 'adat resam pertunangan saperti yang di-sebutkan diatas itu, ada lagi dua chara pertunangan yang termasok dan terpakai juga pada 'adat resam Melayu ia-itu:
[ MERISIK] [ MEMINANG ] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]