MENGHANTAR BELANJA DAN / ATAU 'AKAD.
Mengikut 'adat resam lama, menghantar
belanja itu biasa-nya di-jalankan lebeh dahulu dan berasingan dengan ber'akad nikah,
tetapi sekarang ini menghantar belanja itu selalu di-jalankan bersama2 dengan ber'akad
nikah yang demikian ada-lah lebeh ringkas dan lebeh kechil belanja-nya, kechuali ada yang
bersengaja hendak berboros membelanjakan-nya.
Ada pun barang2 yang di-hantar itu menurut yang di-'adatkan ia-lah saperti yang kita sebutkan dibawah ini lebeh kurang, dan barang2 ini ada-lah diarak (bersama2 dengan mempelai jika di-kehendaki di-jalankan sa-masa dengan-nya) ia-itu;
Segala barang2 yang tersebut di-atas itu di-bawa tiap2 satu-nya oleh sa-orang pemuda dan di-arak daripada rumah mempelai itu ka-rumah pengantin perempuan dengan mempelai itu biasa-nya berpakaian salengkap pakaian Melayu asli atau pakaian haji ya'ani berserban jubah menghormatkan majlis 'akad. Bila sampai mempelai dan angkatan-nya itu di-rumah pengantin perempuan maka di-sambut-lah oleh pehak pengantin perempuan dan terus di-bawa naik dan di-ator barang2 hantaran itu berjijir, biasa-nya di-hadapan pelamin, yang memang sudah sedia lengkap di-buat dan di-hiasi di-dalam rumah itu, dan di-hadapan orang2 jamuan atau dhaif2 yang sudah sedia berator dudok dengan di-ketuai oleh tuan kadhi, jika majlis itu di-sertakan dengan 'akad sa-kali.
Sa-belum di-jalankan 'akad nikah maka wang belanja, sama ada dengan mas-kahwin-nya sa-kali atau tidak, dan lain2 barang2 hantaran, saperti chinchin dan kain2 baju itu di-hitong dan di-pereksa oleh tuan kadhi dengan dua orang sa-bagai saksi-nya bagi pehak perempuan, atau kira-nya bukan majlis 'akad, yang demikian tiada di-sertai kadhi, maka wang dan barang2 yang di-hantar itu adalah di-terima oleh saorang wakil pehak perempuan itu dengan dua orang saksi daripada antara yang hadhir di-dalam majlis itu.
Sa-telah selesai di-terima semua wang dan barang itu maka barang2 itu pun di-hantarkan masok ka-dalam rumah itu, kechuali yang di-tinggalkan di-luar, biasa-nya, ialah tempat sireh, talam bunga rampai dan perenjis ayer mawar. Jika majlis itu juga majlis 'akad dan mempelai telah ada sedia di-dudok-kan di-atas sa-bidang tikar sila maka tuan kadhi itu pun mulai-lah mendaftarkan nama mempelai itu dengan segala sharat2 yang di-kehendaki dan sa-telah selesai maka ia pun membacha khutbah nikah itu dengan bahasa 'Arab (memang dahulu semua khutbah nikah di-bacha dengan bahasa 'Arab sahaja). Sa-telah selesai khutbah nikah itu di-bacha maka tuan kadhi ita pun memanggil dua orang yang menyain sabagai saksi di-dalam buku daftar nikah-nya tadi su-paya hampir dekat dengan mempelai untok mendengar dan menyaksikan betul dan nyata tidak-nya jawab mempelai itu sa-rentak dengan pen~yudah sebutan lafaz nikah-nya bila di-gonchang-nya tangan mempelai itu kelak. Kemudian tuan kadhi itu pun menchapai dan memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanan-nya lalu di-'akadkan-nya dengan melafazkan kata, mula2 dalam bahasa 'Arab (zaman sekarang ini sahaja baharu di-lafazkan 'akad itu terus ka-dalam bahasa Melayu), kemudian baharu di-katakan terje-mahan-nya kapada bahasa Melayu. lebeh kurang demikian: "Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas-kahwin sa-banyak $.... (tunai atau hutang) dan belanja-nya $.... ", sa-baik habis sahaja perkatan yang akhir itu di-lafazkan-nya maka dengan serta-merta itu juga di-gonchang-nya tangan mempelai yang di-pegang-nya itu dan pada sa'at itulah juga di-kehendaki mempelai itu menjawab dengan sa-rentak dan dengan betul dan terang, yang boleh di-dengar sa-kurang2-nya oleh tuan kadhi dan dua orang saksi yang hampir dengannya itu, demikian lafaz jawab-nya: "Aku terima nikah-nya polan binti polan dengan mas-kahwin sa-banyak $.....(tunai/hutang)". Jika jawab mempelai itu lambat atau teragak2 keluar-nya atau tiada terang kedengaran kedua saksi-nya itu maka tuan kadhi itu akan mengulangi sa-kali atan beberapa kali lagi lafaz 'akad-nya itu sa-hingga dia dan kedua2 saksi-nya itu puas hati dengan jawapan mempelal itu.
Sa-telah selesai maka mempelai itu pun bangun lalu bersalam2an atau berjabat tangan mula2 dengan tuan kadhi kemudian bapa rnertua-nya jika dia ada di-majlis itu, dan dengan sakalian yang hadhir lepas sa-orang, sa-orang dan sa-telah habis maka mempelai itu pun di-bawa orang kembali ka-rumah-nya. Bunga rampai dan sireh pinang yang di-bawa di-bahagikan kapada dhaif sa-lepas jamuan manakala bekas2 kueh dan juadah serta buah2an di-isi oleh pehak perempuan dengan balasan yang berpatutan dan di-bawa balek oleh pehak laki2 ka-rumah mempelai. Sa-telah mempelai balek maka jamuan di-rumah pengantin perempuan itu pun di-edarkanlah bagi sakalian dhaif2 yang hadhir. Biasa-nya di-majlis 'akad jamuan-nya nasi jua, sa-kadarkan tidak-lah sa-bagitu ramai saperti dimasa jamuan yang tertentu, melainkan jika jamuan yang tertentu itu di-adakan pada masa 'akad itu juga maka besar-lah keadaan-nya.
Sa-sunggoh-nya ada-lah di-nyatakan di-sini bahawa pada masa dahulu demikian juga sekarang ini, kerja menghantar belanja itu biasa-nya di-dahulukan beberapa hari daripada hari 'akad, atau hari 'akad itu di-dahulukan sa-hari atau sa-malam atau lebeh daripada hari bersanding; tetapi ketetapan atas yang demikian biasa-nya ada-lah di-dapatkan dengan persetujuan di-antara kedua pehak yang membuat kerja kahwin itu, dan adalah bergantong chepat lambat-nya itu kapada kechil besar pekerjaan kahwin yang hendak di-jalankan itu, terutama-nya jika di-dalam pekerjaan kahwin itu hendak mengikut 'adat berhinai tiga hari, ia-itu berhinai churi, berhinai kehil dan berhinai besar.
[ MERISIK] [ MEMIMANG] [HANTAR BELANJA] [MENGANDAM] [BERINAI] [BERSANDING] [BERLIMAU] [BERTANDANG] [KENDURI] [JANDA]
*[BERSALIN] | [BERTINDEK] | [BERSUNAT] | [NIKAH KAHWAIN] | [BERKELUARGA] | [BERMASYARAKAT] | [KEMATIAN]*